Monday, 23 February 2015

First Hupdate 2015

Bismillah ..
hai haiii Assalamualaikum .. huuu ...dah lame tak hupdate belog nie .makin lame makin haaa hambar dah.Btw ape pun terima kasih untuk kunjungan daripada pembaca-pembaca belog Nia O Tih ni .hahaha ..macam ada je yang nak baca belog kita kan . konon konon perasan hotsetaff la tuuu . paling tidak pun yang bace rumate aku, teman menggila aku .mungkin jugak mane mane stranger yang tersesat klik blog aku ..hahaahaa..sadis sangat ..

okay.. sebenarnya kan banyak benda aku nak cerita dalam blog hambar aku ni .. tapi rasanye dalam satu post ni memang tak cukup sehh ..memang tak cukup.nampaknya kena buat post berepisod lah lepas ni ... ^_^ hehehe .

dalam post ni cuma aku nak mintak maaf pada yang dah lama merasa kehilangan aku dalam blog ni (puiii..perasan je lebih) maaf sesangat dah lama tak hupdate. maklum lah before this kan pantai timur mengalami bencana alam iaitu banjir terbesar yang berlaku sepanjang 2014 ni . memang tak sempat untuk hupdate apa apa walaupun masa tu ada but its not enough to me. kiranya 2014 memang merupakan tahun yang paling penuh dengan dugaan dan cabaran. ye lah akhir zaman kan. ini lah cara Allah nak uji keimanan dan kesabaran kita. bagaimana kita nak terima dengan hati terbuka . nak avoid memang bukan jalannya . so, as a muslim we must go through ... huishhh speaking mak aihh . hahaaha ..okay stop it babbling . InshaaAllah aku akan try sedaya upaya proceed yang the best untuk blog aku . serius aku memang nak sangat jadi blogger even no one tahu akan kewujudan aku .

thanks for anyone who reads my ha hambaaar blog . ^_^ semoga sem 2 ni akan buat aku lebih bersemangat dengan study and blog aku.hahahha ... babaiii .

I am NOT.

Tuesday, 11 November 2014

Saya Tak Kuat ....

Bismillah ...

Ya Allahh.. aku tak kuat lagi. benar-benar tak kuat ..

bagaimana aku nak menghadapi semua ini kalau aku sendiri sememangnya tak kuat .
biar banyak mana aku menangis, kuat mana aku merintih meraih, namun segala keputusan di tangan aku dan Allah lah sebaik-baik perancang .  

aku cuba , aku cuba untuk tempuhinya, cari penyelesaian terbaik .


ya.. aku istikharah kepadaMu aku berhajat padaMu Ya Allah. bantu aku yang lemah teramat ini



Ma,
maafkan anakmu yang lemah secara tiba-tiba ini.



Saturday, 1 November 2014

Ale-Ale Tok Gajahku ....



Assalamualaikum ... haa agak-agaknya korang dah boleh describe tak menda yang haku nak cite pagi-pagi ni ? alaa takkan tak tengok bola tadi kot . tipu ahhh aokme tak tengok . ke ada yang orang JDT ni .takmo mengaku pulak ehh ..heee~~ alaaa lek laa, adat kan permainan . ada yang menang ada yang kalah . haaa nak jadikan cerita, memang takdir kot harini aku pegi tengok bola kat kedai makan luar kampus ni .taktahu kenapa tetiba excited seh. Aku bukannya kaki bola. nama dengan muka pemain bola pahang pun aku tak kenal. kiranya pergi ni kekonon minat bola lah . eksyenn je lebih aku ni. so taknak malu poyo yang amat terlampau aku pun pergilah jugak dengan ajakan kekawan yang kaki bola . kawan pempuan hokeyy . ehhh..kau ingat tulang rusuk ni takreti nengok bola ke ?


mek kelate pun duk sokong pahang . This is Pantai Timur !



Perlawanan bola malamni dekat stadium bukit jalil memang bebetol mnyenakkan perot . aku harap tak ade lah yang sakit jantung tengok perlawanan ni. mane taknya JDT dengan Pahang memang takboleh bermain satu padang (pandangan cetek aku laaa ni) melalui yang aku tengok, first-first ada je yang akan tergolek kat padang tu .tak JDT tergolek, Pahang yang akan tergolek .adil lah kot main golek-golek same. Tapi yang paling takboleh terima bila pemain JDT nampak sangat main ganas (upsss ..sorry geng jdt). aku kan penyokong pahang ..malamni ramai sangat pemain pahang dikenakan kad kuning. weyhh tahulah baju pahang warna kuning.takyah dah la menambah warna lagi. bukan nak kata pengadil berat sebelah lah, tapiii ... nampak sangat kot. memang dalam kocek banyak kad kuning untuk pahang ehh keee upssss !! tamaw cakap ape ape. jadi isu nanti .

It's ok la even banyak kali kau pahang kawkaw kena kad kuning malamni tapi still boleh meraih kejayaan. memanglah setakat tendangan penalti je . dah diberi masa tambahan pun still 2-2, so wajarlah tendangan penalti tu . (cehh aku, baru jer kot pandai tengok bola) hahaha . Dickson Nwakamae ngan steward nampak cun pulak main malam ni .cute je steward buat tendangan penalti. *melting mak nokk

gambar lama .yang baru cari kat google takde pulak.


apa-apa pun pahang berterima kasih dekat MatYo sebab dah bantu pahang untuk menang kali ni.. heee~~ *wikwink ... jangan marah taw uols yang jdt tu . yang pahang pun jangan beria sangatt happy sampai boleh menimbulkan perbalahan. aishhh..nampak tak matang lah kalau brgaduh sebab bola kan? bukan ke bola menyatupadukan kaum ? haaa tamoo sedih sedih ye .jumpa tahun depan pulaks JDT .

dahhh ..jangan kutuk . shhhhh*silent

AleAle Tok Gajahku .. Aras Kuasa..



Terengganu + Kelantan + Pahang = Pantai Timur




Selamat Malam. Esok kelas pukul 2 pulaksss ..yehaaa
Assalamualaikum.

I am Nia O Tih and This is Story Of My Life.

Friday, 31 October 2014

Sharing is Caring Of Muslimah

Assalamualaikum ....

wahhh dah lama tak hupdate blog . sekali lagi aku miss part-part mengupdate ni . bila dah lama tak hupdate mula lahh rasa malas memanjang .. ahhh yee ...haritu kunon nak cover bagai kan . tapi .... tengokk .. ish..ishh ..  esok dah start exam buat pelajar sem satu macam aku ni .tapi ... apa yang aku buat sekarang seh ?? kau tahu esok dah lah subject kekunonnya killer abehh, subjek Mikroekonomi tu . dalam english language pulak tuuu . hmmm nasib lah ain study ciputt jer (sobbbs~).. hahha oke lupakan sebentar .aku nak share sedikit perkongsian jer bagi nak cover post-post yang aku dah tinggal lama nih.
Aku bukanlah baik sangat dan bukanlah alim sangat .. tapi aku seronok kot nak berkongsi dengan semua tentang apa yang aku nak share ni . korang baca jelaaa eh . aku dapat ni pun dari wasap . taksalah kan kita nak berkongsi even yang tu bukan kita karang sendiri . jemput membacaaa .....







BUAT KAUM HAWA
Dari tak pakai tudung,

Mula memakai tudung,

Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.

ingat senang ke semua tu?

ingat mudah ke nak tempuh semua tu?

Belum lagi tempuh cacian orang.

Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.

Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,

NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?

YANG PALING PERIT ADALAH,

bila orang pandang kita baik,

Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkan,

Orang ingat,

Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.

Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.

Sedih bukan dianggap begitu?

Sedangkan diri tak seindah itu.

Orang yang memandang itu tak tahu.

Apa yang muslimah itu rasa.

Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.

Kadang kadang jatuh.

Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.

Muslimah itu kadang kadang tersasar 

Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.

Kadang kadang terpesong dari landasannya.
Orang itu tak tahu.

Muslimah itu sama.

Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.

Orang itu tak tahu.

Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.

Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.

Tabah lah muslimah.

Andai jalan itu yang di pilih.

Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita

Hidayah Allah itu perlu di cari.

Bukan di nanti.

Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.

Kononnya tak cukup kuat lagi.

Kononnya nak tunggu lain kali.

Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya.

Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.

Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.

Hati belum sedia tak apa,

Asalkan nampak usaha kita,

Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?

Sebab kadang kadang,

Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.

In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..

Namun begitu,

Bila kita sudah melangkah untuk berubah,

Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.

Betul.

Manusia itu tak sempurna.

Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?
Senyum..Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. 
Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini"


haaa... feel touch tak kauu membacanye  ... tu saja yangmampu aku kongsikan buat masa ni . okee mood study pulak lepasss ni ...


Assalamualaikum..


I am Nia O Tih and This is Story Of My Life.

Sunday, 19 October 2014

Kenapa Malas Nak Berblog ??

Bismillah ....

Adodoyyy.. kenapa lah semenjak dua menjak ni blog aku sunyi sepi je . bunyi krik krik pun langsung tak menyinggah . aihh ..bukan aku malas nak menaip atau nak mngarang brjela-jela . Almaklumlah baru bergelar student . so busy sana busy sini .assignment sana assignment sini . discussion sana disscussion sini . pendek katalah (err...ye aku lah tu yang kata.memang aku pendekk punn ..pffff~) life student ni memang busy . hmmm.. ke aku sorang je yang kekonon busy ? yes memang life student tu kan busy memanjang. kadang kadang nak suap nasi ke mulut tu pun jadi tak selera bila mengingatkan assignment yang melambak, group discussion yang setiap masa ada jer nak wat . walawehhhh rajin gilerr seh member group aku. kalau boleh everyday dyorang nak berdiskusi . -_- so, aku pun haruslahh rajin jugak kenn . dan disebabkan itulah aku tak sempat nak skodeng sendiri blog berhabuk aku ni . sobsss~~  walaupun busy sebelum ni, aku akan try the best untuk terus berblog. yang mana aku tak sempat update aku akan try cover sebaik mungkin. harap-harap lah lepasni aku akan terus stay dengan pendirian aku yang mcam lalang ni.. hikhikhik..

hahaha.. ok, aku bukan blogger yang hebat nak bercerita tentang life aku kekonon ni, but as a simply nya aku teringin kot nak jadi blogger even karangan aku ni selalu mengerutkan dahi sesape yang membaca ..hakhakhak .. oke oke sekarang time discussion . asalll korang rajin sangattt ..aishhhh .. Selamat Malam .ZzzzzzzZzzzz.....


chaiyok-chaiyok bebeh ....






 I am Nia O Tih and This Is Story Of My Life. 

Saturday, 11 October 2014

Ingat-Ingat Lupa ? Aku lah orangNya ...

Bismillah .. Assalamualaikum dannnn selamat pagiii ... heeuww ... pagi ke ? tengah hari dah la gemokk oii . hokey3 ... hakak ni banyak betol lah masalahnye sebenarnya . lahaiii bukan masalah bajet 2014 baru ni .yang tuuuu ...no komen laaa . ni masalah yang memang sukar nak dielakkan dah . Masalahnya sekarang kalau orang orang duk tegur, "hai Ain" .. "hai ketua Blok"(ketua laaa sangat.puii..) "uiii Nia O Tih", "Weh si comel (*blushing) .. and so on laaa kan, mudah sangat aku tak cam . kenapa eh ? orang kenaii sangat aku..alaa bukan nak kata aku pemesss ..cuma aku ni terlebih peramah dengan orang. pastuu bila orang dah tegur mula lah aku "krik Krik" sensorang . puas laa aku hentak medulla oblongata aku ni kat pintu bilik . ingat tak ingat pun aku macam biasa la tegur.kangg kesian pulak kalau buat buat tak kenal, sedangkan memang aku ni spesis susah nak ingat orang yang aku tegur sebelum sebelum ni . Mintak maaflah ehhh rodong rodong titeww .


 hmmm... Nak kata nyanyuk, aisshh I'm teenagers lagi hokeyy  hmmm ... alpa ? lagi lah tak hado kena mengena nya ... dah kau nak kata aku Alzheimer's ?? gedebussshhh !! hamekk kau .. berani ehhh . aku pelupa sikit je . takbanyak pun.. setakat makan, mandi, tidur, mewayang, menyoping tu kompom lahh iols ingat. hehehe .. okey la. get ready nk ke kelas pukul 2 p.m. ni . haaaa selamat termenunglah dalam kelas Entrepreneurship dan Economy .haisshh.. kentalkan jiwa ainnnn .!! Ganbate ??




Tagline Entrepreneurship -----> Entrepreneurship is our thrust .







I'm Nia O Tih and This is Story Of My Life .

Rindu adalah anugerah !!

Bismillahirrahmanirrahim .

Rindu adalah anugerah. Ya, rindu sememangya anugerah terindah Dari Ilahi . Kenapa rindu ? Mungkin terlalu lama berjauhan daripada insan tersayang.  Jauh daripada family, adik beradik, kawankawan, hmmmm ... Tak terkecuali la jugak kekasih hati .. Hihihihi .. Gataii kau . Sebenarnya takdop motif pun nak menaip cite pasaii nih . Dah kerana saja nak memenuhkan post dalam blog kelam aku ni, ku gagahkan Jua kaki menguak lentang sambil menaip dengan penuh tiada perasaan Nya .. Hahaha .. 

Haaaaa ,, cite pasai perasaan ni kan kan kan ... Kalo nak banyak idea melimpah Ruah Dari otak berkarat Korang kan, mestilah Korang menaip cite yang Korang nak sampaikan tuuu dengan penuh feeling . Barulah ayat Korang panjang berjela then reader baca pun penuh perasaan meleleh jee .takdelah hambar Macam ayat aku ni ... Errrr... Sebenarnya aku takde feeling nak menaip sangat memalam ni. Memandangkan otak iolz dah tepu lama sangat tak mengarang. So, cengginilah hasilnya. Ok laaa ok laaa ... Aku tak nak membosankan lagi blog ni .. Hmmmm ..sooooo... Titew tidooo la ehhh .. Mamat malam momok ... 


 Hihihi





Semoga tidur kecil kita menjadi ibadah. Assalamualaikum . Selamat malam !!

I'm Nia O Tih and this is Story Of My Life .